Sarawak Vs. Malaya in London? Other alternative for Sarawakian to fight for our rights in 'Gentleman' way.

Salam sejahtera kepada pembaca Pengayau Digital sekalian.

Sebelum ini, blog ini telah menyentuh tentang Malaysian Agreement 1963 atau lebih dikenali dengan MA63: Sah atau Tidak Sah?

Tetapi kali ini, katakan sekiranya jika Sarawakian ingin menembak Malaya mengunakan senjata mereka sendiri?

What if Sarawakian mengunakan cara 'Gentleman' dan benar benar menyentuh fakta yang sedia ada iaitu MA63 dan melawan Malaya di London?

Tetapi pertama sekali, adakah semua Sarawakian dan Sabahan faham apakah itu MA63 atau Malaysian Agreement 1963 yang di tandatangani di London?

Penjelasan Serba Ringkas MA63 berpunca dari proses 'Dekolonisasi' (Wikipedia)
Selepas akhir Perang Dunia Kedua, penyahjajahan (dekolonisasi) menjadi matlamat masyarakat bangsa-bangsa di bawah rejim penjajah yang bercita-cita untuk mencapai penentuan nasib sendiri. Daripada itu, Jawatankuasa Khas Dekolonisasi (juga dikenali sebagai Jawatankuasa Khas PBB 24; C24 berkenaan Dekolonisasi, Ia mencerminkan dalam proklamasi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 Disember 1960 Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Masyarakat Kolonial kemudian daripada itu, Jawatankuasa 24, atau hanya, Jawatankuasa Dekolonisasi) telah ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu dengan tujuan untuk memantau pelaksanaan Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Masyarakat Kolonial dan untuk membuat cadangan mengenai permohonan. Jawatankuasa ini juga pengganti kepada bekas Jawatankuasa Maklumat daripada Wilayah Bukan Berpemerintahan Sendiri. Berharap untuk mempercepatkan perkembangan penyahjajahan, Perhimpunan Agung telah menerima pakai Resolusi 1514 pada tahun 1960, juga dikenali sebagai "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Negara dan Masyarakat Kolonial" atau hanya "Deklarasi Dekolonisasi". Ia menyatakan bahawa semua orang mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri dan mengisytiharkan bahawa penjajahan perlu berakhir dengan cepat dan tanpa syarat.

Isu penentuan sendiri berkenaan dengan rakyat Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura membentuk asas kepada lagi satu lagi cabaran dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. Di bawah Kenyataan Bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu pada 23 November 1961, klausa 4 menyatakan: 'Sebelum membuat apa-apa keputusan akhir adalah perlu untuk menentukan pandangan rakyat. Adalah sewajarnya telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya untuk menjalankan tugas ini dan untuk membuat syor...'

Di bawah Perjanjian Malaysia yang ditandatangani antara Great Britain dan Persekutuan Tanah Melayu, Britain akan menggubal satu Akta untuk melepaskan kawalan kedaulatan ke atas Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah). Ini dicapai melalui enakmen Akta Malaysia 1963, klausa 1(1) yang menyatakan bahawa pada Hari Malaysia, "kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen bersabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dimansuhkan, dan kedaulatan serta apa-apa kuasa tersebut hendaklah diserahkan mengikut Perjanjian ini dan surat-surat perlembagaan yang dikembarkan kepada Perjanjian ini."


Pemimpin-pemimpin dari Borneo sudah mencuba pelbagai cara. Seawal tahun 1966 lagi sudah cuba. Guna cara 'Rebel', Sarawak kena darurat. Guna cara 'Warrior', meletup kapal terbang Sabah. Guna cara 'Patriot', ISA datang. Guna cara parti tempatan lawan boss Malaya, UMNO masuk Sabah dan PPBM masuk Sarawak pula sekarang.

Borneo kena belajar dari kesilapan. Cuma tinggal satu cara belum cuba.

Seperti kata Zainnal Ajamain, pengarang buku The Queen's Obligation, dalam satu video baru-baru ini, Adenan Satem menggunakan cara 'Gentleman'. Dia tahu advantage Sarawak, dia juga tahu disadvantage Malaya. Tapi dia masih cermat dalam berkata-kata.


Istilah lebih tepat, Sarawak kena gunakan cara 'structured negotiation'.

Ini bererti pendekatan Sarawak adalah secara tersusun dan tidak bersifat semborono atau riak. Di samping itu Sarawak tidak harus gunakan 17-Perkara atau 20-Perkara yang tidak ada kuasa undang-undang. Kita gunakan Malaysia Agreement 1963. Pilihan dia bijak dan selamat.

Mengapa gunakan Malaysia Agreement?

Malaysia Agreement 1963 adalah dokumen paling berkuasa di Malaysia. Ianya satu Perjanjian Antarabangsa, tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana sidang Parlimen di Malaysia. 

Malaysia Agreement 1963 harus dipatuhi. Kalau Putrajaya enggan patuh, Sarawak boleh heret Putrajaya ke London. Jangan lupa juga baru-baru ini, DUN Sarawak sudah sebulat suara memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak untuk berbuat demikian.

Kata Zainnal, "Jadi sekarang terserah pada Putrajaya mahu selesai dengan baik atau mahu selesai di London."

Jika diselesaikan di London?

Apa-apa keputusan yang dibuat di London ianya tidak layak untuk mendapat Rayuan/Appeal. Keputusan itu muktamad. 

"Sarawak boleh berdiri di atas kaki sendiri, walaupun secara realistiknya Sarawak belum bersedia berdiri sendiri. Tapi masih ada satu alternatif lain, cara lain," jelas Zainnal.

Apakah alternatif itu?

Sarawak adalah 'beneficiary' atau 'penerima manfaat' dalam sesebuah Persekutuan. Persekutuan Malaysia lebih bersifat sebuah 'Amanah', bukan negara. Ada 'Penerima Amanah', ada juga 'Pemegang Amanah'. Dalam kes Malaysia, 'Pemegang Amanah' adalah Malaya manakala Sarawak adalah 'Penerima Amanah'.

Sarawak boleh menukar Pemegang Amanah. 

Sarawak boleh pilih negara lain sebagai Pemegang Amanah yang baru. Asalkan negara itu adalah negara Commonwealth. Kita boleh pilih Pakistan, India, Singapore, Australia atau New Zealand.

Menyedari implikasi-implikasi yang disebut di atas tadi -- apa yang Sarawak boleh buat dan apa yang Malaya tak boleh halang --, Putrajaya tidak boleh memandang remeh cara Gentleman.

Sekarang semuanya terletak pada cara Malaya untuk berunding. Bukan Sarawak yang dalam bahaya sekarang. Malaya dalam bahaya.

Seperti kata Zainnal Ajamain, "Jika Putrajaya tersalah langkah... Persekutuan Tanah Melayu akan tersungkur dan tidak boleh berdiri lagi."

Sarawak Gentleman sekarang tunggu.

Mahu selesai cara baik atau selesai di London?

Sperti kata pepatah 'malam tidak selamanya akan bertahan, akan terbit juga siang.' Begitulah  juga cahaya yang disembunyikan oleh Malaya kepda rakyat Sarawak dan Federation Malaysia sekarang. Semakin sudah ramai rakyat yang buka mata dan sedar akan hak-hak mereka itulah yang akan membuatkan mereka berani biarpun hanya berstatus rakyat bukannya menteri sebab dari rakyat la tertubuhnya kerajaan. Itulah yang sedang diperjuangkan Sarawak Liberation Movement.

(Footnote @ Credit: Kami di blog Pengayau Digital menegaskan bahawa artikel ini adalah yang di kongsikan melalui WhatsApp group dan ada sedikit di sunting oleh penulis blog tetapi DITEGASKAN sekali lagi kami juga ada menyertakan link credit di perkataan yang di 'Italic' dan diwarnakan merah untuk mmerujukl original. Sebarang cadangan atau kritikan bole terus diajukan kepada email penulis: carriengau@gmail.com . Sekian terima kasih diatas perhatian dan masa yang telah anda luangkan membaca blog ini...)

LihatTutupKomentar
Cancel