Stephen Kalong Ningkan & 1966 Sarawak Constitutional Crisis; What is the absolute truth of political drama in Sarawak? (DIALOGUE)

Intro of Datuk Stephen Kalong Ningkan
(Ketua Menteri pertama Dayak sejati)


Datuk Stephen Kalong Ningkan merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 19 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama. 

Beliau lahir pada 20th August 1920 di Betong , Bahagian kedua - Simanggang, Sarawak.Beliau berketurunan Iban dan Cina dan boleh berbahasa Cina. Belajar hanya di Sekolah St Augustine dan bekerja sebagai Atenden Syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.

Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker .Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah,Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak.Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.


Isu-isu ini telah membawa krisis pada 1966 di mana Abdul Taib Mahmud telah berjaya mempengaruhi ahli-ahli majlis negeri untuk menjatuhkan kerajaan yang diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Abdul Taib Mahmud telah berjaya mendapat tandatangan dan sokongan daripada 21 orang ahli Majlis Negeri menyokong cadangan Taib Mahmud menjatuhkan Stephen Kalong Ningkan. Mereka menandatangani surat tidak percaya terhadap pentadbiran Stephen Kalong Ningkan. Kumpulan yang menandatangani surat tidak percaya yang terdiri daripada 21 orang telah pergi ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman. Dan Tunku Abdul Rahman pada masa yang sama tidak berapa suka dengan Stephen Kalong Ningkan kerana beberapa isu dan tiada pandangan yang baik terhadap corak pentadbiran Stephen Kalong Ningkan.

Akhirnya, kumpulan itu meminta Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Haji Openg untuk memecat Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Negeri Sarawak. Yang Dipertua Negeri menemui 21 orang ahli majlis negeri tadi dan akhirnya beliau meminta nasihat peguam negara dan menggulingkan Stephen Kalong Ningkan dipecat daripada jawatannya. Kerajaan Pusat mengambil keputusan untuk meminta yang dipertuan Agong mengumumkan pindaan Perlembagaan Sarawak yang membolehkan Yang Dipertua Negeri bersidang kemudian mempunyai kuasa memecat Ketua Negeri. Tunku Abdul Rahman tidak berdiam diri, beliau sangat menginginkan Stephen Kalong Ningkan disingkirkan daripada terus menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau telah mengambil tindakan dengan menggunakan kuasa yang ada padanya dengan mengarahkan Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan dengan merujuk Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sarawak. 

Maka akhirnya hasrat dan cita-cita Tunku Abdul Rahman untuk menyingkirkan Stephen Kalong Ningkan daripada kabinet kerajaan negeri Sarawak berjaya. Stephen Kalong Ningkan telah membawa parti SNAP keluar daripada parti perikatan Sarawak. Jawatan Ketua Menteri diganti oleh Penghulu Tawi Sli yang juga seorang Dayak berketurunan Iban, mengantikan jawatan ketua menteri sementara sebelum pilihan raya iaitu pada 17 Jun 1966. Namun demikian, Stephen Kalong Ningkan tidak puas hati. Beliau membawa kesnya ke MahkamahTinggi Borneo. Dalam perbicaraan tersebut, mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan Gabenor Sarawak tidak sah disisi undang-undang kerana Gabenor telah bertindak di luar kuasanya. Dalam masalah tersebut Yang Dipertua Negeri Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Seterusnya perbicaraan diadakan dan akhirnya Stephen Kalong Ningkan dilantik semula menjadi Ketua Menteri Sarawak. Setelah dilantik menjadi Ketua Menteri semula Stephen Kalong Ningkan meminta supaya kemasukan Sarawak ke dalam Malaysia perlu dikaji semula.Beliau juga meminta pilihan raya perlu diadakan sekali lagi di Sarawak supaya rakyat dapat menentukan kedudukannya.

Kesan daripada tindakan tersebut telah menyebabkan kerajaan pusat yang diterajui oleh Tunku mencetuskan ketegangan dan berasa tercabar serta tidak puas hati. Sehinggakan darurat diadakan di Sarawak pada 15 Ogos yang diistiharkan oleh yang Dipertua Agong dengan alasan kerajaan ningkan mendapat sokongan SUPP yang sering dikaitkan dengan komunis yang mengancam keselamatan Sarawak.Pengistiharan darurat di negeri Sarawak ini sebagai satu langkah untuk memecat Stephen Kalong Ningkan dan pilihan raya 1968 ditangguhkan.Kemudian meminda perlembagaan negeri Sarawak dengan memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak untuk memecat Ketua Menteri. Dengan pemecatan kali ini beliau tidak dapat mengembalikan kedudukannya.1966 Ningkan dipecat daripada jawatannya sebagai ketua menteri Sarawak dan Tawi Sli dilantik sekali lagi menjadi ketua Menteri Sarawak yang ke dua.
( Source: First shared by Jim Right Here )

Dialogue berkenaan SKN diketengahkan oleh PD

Sekeda YBs BN Sarawak dulu suba pun sama sepakat ngau YBs ari Malaya, sebahat nipu rayat bansa diri di Sarawak ari kelia. YBs ari Sarawak ditu empu tentu nemu Malaysia Agreement 1963 (MA63) nya ENDA agi SAH, pengudah negara Singapura pansut ari Federation of Malaysia (Persekutuan Malaysia) maia 1965... sampai tudah our Dayak Iban Sarawak first Chief Minister: Datuk Sri Stephen Kalong Ningkan di singkir  Tun Abg Hj Openg di sukong oleh majority YB's DUN berbansa Laot just a few YBs from Dayak...as reported. Enda patut sida YB Tun Yacob, YB Tun Taib, Dato Tawi Sli, Dato Simon Dembap Maja, Dato Daniel Tajem Miri, Dato Leo Moggie, Dato Endawie Anchana, Dato Amar James Wong Kim Ming, Dato Sim Kim Hong, Dato Law Heng Ding, Dato Leonard Linggi Jugah, Tan Sri Alfred Jabu himself enggau bala Dato kelain mega bisi ... ngambi kesempatan ngulih ka pengeraja ngau pengaya...



Nama menteri-menteri tu ditemu terlibat nyingkir ke Dato Sri Amar Stephen Kalong Ningkan ti deka maie rakyat Sarawak and other ministers pansut keluar ari Federation of Malaysia (Persekutuan Malaysia) ba maia taun nya mega in 1965, pengudah baru sebulan Singapore dulu pansut... Dia deh rahsia bala sekutu menteri menteri ti sebahat enggau Dato SKN terbungkar olih Dato Tawi Sli dalam taun 1966 nyak meh kebuah Dato Tawi Sli di chiri Governor Tun Openg as the second CM of Sarawak at that year automatically supported by a lot of YB Dayak-Ulun Malaya ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak...
( Source: Veteran Anonymous 'A' of Independent Sarawak Dayak Political Party )



SKN dibuai laban Tun Dr Ismail (TPM) menasihati Tun Rahman (PM) serta di support British; divide and rule process ; ngambi ka Malaya bisi kerusi maioh agi ari Sarawak ngau Sabah. Singapura sebagai penasihat Sabah dan Sarawak di buai alu kerusi Singapura tadi pulai ngagai Malaya. Next, sidak ulih degrade Sabah enggau Sarawak nyadi negeri pada tahun 1976 melalui pindaan kepada Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan 1976; ngujung ka maioh macam kes nyadi dalam tempoh darurat, heli laboh, 13 May riot ngau akta MKN baka kes diatu mega kes MH370 ngau kes Lahad Datu last few years tu...
( Source: Anonymous 'B' of Independent Sarawak Dayak Political Party )

Orang ti becherita ka kami tentang Dato Sri Stephen Kalong kitai kena buai ari penudok Ketuai Menteri Sarawak ba maia nya kelia; iya nya  Dato Pengulu Abok ak Jalin, YB Halery Tawan Masan, Mr. Berangka Bayang, Dato Dunstan Endawi enggau Dato Tera Zendra dalam taun 1974 ba randau ruai sida iya ti ngenang tudah SKN ... di rumah YB Halery Tawan ... di Taman Swee Joo Park Kuching... Tentang berita tu kelia, enda tau di sebar sengapa... Nyadi YB ti nyukong proposal SKN maia nya; iya nya Dato Dunstan Endawi, Dato Kundai Nyareng, Dato Tajang Laing, Dato Edmund Langu Saga, YB Francise Umpau, YB Awang Hepni Pengiran Anu, Dato Noor Tahir, YB Sylvester Langit,  Dato Sri Daniel Tajem,  Mr. Liew Ming Chong, Dato Wee Kheng Siang, Dato Sri William Tan, Dato Balan Seling, Dato Gerunsin Lembat, Dato Ling Beng Siew, Dato Michael Buma, Dato Bato lalu iya kebukai... maioh enda di keingatka agi... Laban ke lalu lama... dalam bichara pertama dlm court, Dato Seri SKN menang... Kedua kali bechara... Iya alah... Laban maioh YB berbansa Laot ... ngalih nyukong Tawi seduai Dato Abdul Rahman Yacob.... Bepilih dalam taun 1974 SKN lalu alah ngelaban Datuk Jabu Numpang ari Party PESAKA di ketuai ulih Tun Jugah and Tuan Jelika Landau...
( Source: Veteran Anonymous 'C' of Independent Sarawak Dayak Political Party )

Walau bagaimanapun, kita boleh melihat pelbagai jenis cerita tentang Dato Seri Stephen Kalong Ningkan (Ketua Menteri Dayak sejati) di alam maya seperti 1966 Constitutional Crisis oleh Wikipedia ; Sarawak Dibawah Pentadbiran Kalong oleh Puteri Adriana & Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 oleh Putera Sarawak yang mana adalah dari sudut pandangan perspektif kaum atau politikal masing-masing.

INGIN DITEGASKAN DI SINI; Pengayau Digital hanya mengetengahkan cerita direct dari sumber yang dipercayai; dahulunya si sumber adalah teman rapat SKN seperti yang tertera di dalam cerita beliau di atas. Terpulang kepada pembaca adalah untuk memilih untuk mempercayai SKN ataupun mempercayai tuduhan liar oleh cybertroopers Ulun Malaya ataupun Taib dalam usaha 'oppressor' merampas dan menjajah secara neo-colonialisme negara kita Sarawak... Apapun pilihan pembaca, kami di Pengayau Digital tetap akan teguh dengan pendirian kami dalam menyokong dan berusaha membantu #AgendaSarawakMerdeka demi generasi masa depan negara tercinta kita Sarawak.
Sekian terima kasih.

C Carrie Ngau
Pengayau Digital
( GBDPB / SLM )
LihatTutupKomentar

7 Komentar

  • Andamara 11/05/2018 2:53 pm
    This comment has been removed by the author.
  • Andamara 11/05/2018 2:54 pm
    My dad was born on the 20th August 1920 NOT 1922. Thank you.
  • goldart 2/06/2019 9:01 pm
    Keep the story coming
  • Unknown 4/16/2022 2:51 am
    Selamat datang di Agen Judi Online Terlengkap & Terpercaya No.1 di Indonesia. Kami merupakan mitra resmi Produk judi Online : Sabungayam - Casino - Bola - Tangkas - Togel. Dengan minimal deposit 25.000 anda sudah dapat bermain taruhan permainan yang di inginkan.

    Disini Kami Juga Menyediakan Banyak Permainan Untuk Anda Semua Seperti:
    -Sabung ayam S128, Kungfu Chicken dan Sv388
    - Tembak Ikan
    - Sbobet Bola dan Casino
    - Maxbet Bola dan Casino
    - Togel (ISIN4D dan KLIK4d)
    - Dan masih banyak Game lainnya yang menarik.

    Dengan BerGabung Bersama Kami Sekarang, Anda Dapat langsung Mendapatkan Berbagai Macam Bonus Menarik Seperti:
    -Bonus untuk Member Baru Sebesar 10%
    -Bonus Member Lama Sebesar 5%
    -Bonus Referal 10%

    Dengan Pelayanan 24 Jam Nonstop Untuk Anda.

    Kami Juga Berkerja Sama Dengan Banyak Bank Seperti: BCA - BNI - BRI - Mandiri - Danamon - BSI.

    Dengan Proses Dana Deposit dan Withdraw (Tarik Dana) Yang Super Cepat Dan Customer Service Yang Profesional Dan Ramah. Pendaftaran Gratis!!!!

    Untuk informasi lebih lanjut bisa hubungi kami via livechat ataupun :
    ✔ WA / TELEGRAM : +6281297392623

    #bolavita #bvgaming #bonusnewmember #Bonusdeposit #judionlineresmi #agentogelterpercaya #togelonline #judionlineresmi #bandarjuditerbaik #agenjuditerbaik #situsjuditerpercaya #situsjuditerbaik #situsjuditerbesar #slotonline #slotonlinedeposit #slotbolavita #slotterbaik #slotgame
  • Anonymous 10/13/2022 1:19 pm
    manah, tang sayau nadai update ba ru blog to
Cancel