SELAMAT HARI SARAWAK (722)

Nama aku Sarawak. Aku dilahirkan dalam tahun 18.08.1841 dari perut ibuku Brunei Darul Salam dan diserahkan kepada James Brooke Rajah Pertama. Hari jadi pertamaku adalah tanggal 24.09.1841. Ayah Ku yang kedua ialah Charles Brooke. Ayah ku yang ketiga ialah Charles Vyner Brooke dan keempat ialah Anthony Walter Dayrell Brooke tetapi Baginda tidak sempat menjaga aku kerana dalam tahun 1941 aku diserahkan kepada British kerana Ayah ku tidak mampu untuk menjaga ku setelah 100 tahun keluarga Baginda menjaga ku. Ini adalah kerana Jepun datang padaku dengan niat yang tidak baik. Maka Ayah ku terpaksa menyerahkan aku kepada British kerana tiada kewangan untuk menubuhkan tentera menentang Jepun. Tanggal 22.07.1963 aku pun dewasa dan British melepaskan aku kerana aku sudah dewasa dan mampu menjaga diri (Bujang). Akan tetapi Tanggal 16.09.1963 aku dikenalkan kepada 3 orang rakan iaitu Sabah, Singapura dan Persekutuan Malaya. Aku dipujuk untuk Menubuhkan Syarikat Perniagaan yang diberi nama Persekutuan Malaysia. Akan tetapi dalam tahun 1965 rakan ku Singapura menarik diri dari menjadi Rakan Kongsi kerana melihat ada sedikit yang tidak kena dengan Perkongsian ini. Tiba-tiba rakan ku yang bernama Persekutuan Malaya menggubal undang-undang baru yang diberi nama Akta 354 1976 yang mana bertujuan menurunkan Pangkat aku dan rakan ku Sabah kepada Status Negeri sedangkan pada awal perjanjian, kami adalah sama rata iaitu sabagai 3 NEGARA yang bergabung menubuhkan perniagaan bernama Persekutuan Malaysia. Sejak dari itu semua hasil perniagaan kami banyak berpihak kepada rakan ku Persekutuan Malaya. Aku dan rakan ku Sabah berasa tidak senang dan selesa dengan keadaan tersebut. Hanya 5% sahaja yang aku dapat begitu juga rakan ku Sabah sedangkan 95% adalah milik rakan kami Persekutuan Malaya. Sedangkan kebanyakan Perniagaan yang dijalankan adalah di tanah aku dan rakan ku Sabah. Sampai bila aku harus hidup dengan ketidak adilan ini? Janji manis dulu tinggal janji. setiap saat aku berfikir, PATUTKAH AKU MENINGGALKAN PERNIAGAAN YANG TIDAK ADIL INI DAN MENUBUHKAN PERNIAGAAN PERSENDIRIAN?        
Bersamaan 22 Julai 2016 selain hari pembentukan Malaysia menerusi gabungan negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang diraikan pada setiap 16 September, tarikh 22 Julai juga perlu dikenang oleh rakyat.
Hal ini kerana pada 22 Julai 1963, British secara rasmi menyerahkan segala urusan pentadbiran Sarawak kepada Kabinet negeri pertama yang dianggotai sepenuhnya oleh rakyat tempatan.
Pada hari tersebut, Gabenor British, Sir Alexander Waddel melantik Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri serta lima lagi anak tempatan sebagai anggota Kabinet negeri yang pertama.
"Mereka ialah James Wong Kim sebagai Timbalan Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud (Menteri Kerja Raya dan Komunikasi), Dustan Endawai (Menteri Kerajaan Tempatan); Teo Kui Seng (Menteri Sumber Alam) dan Awang Hipni Pengiran Anu (Menteri Negeri).
Kabinet negeri yang dibentuk ini bertanggungjawab mentadbir negeri sepenuhnya dan tidak lagi di bawah kuasa penjajah sebagaimana yang berlaku pada zaman pemerintahan Brooke iaitu selama 100 tahun dan zaman kolonial British (17 tahun).
Maka tidak hairanlah Sarawak boleh diklasifikasikan sebagai sebuah negara.
Gambar atas: Kronologi perubahan corak bendera Negara Sarawak.
Gambar bawah: Bendera di setiap daerah (negeri) mengikut lambang masing masing.
LihatTutupKomentar

1 Komentar

Cancel