Tulisan asal bangsa Iban...

Turai merupakan sejenis tulisan kaum Iban. Ia biasanya ditulis di atas kepingan papan oleh Lemambang Iban dan Penyair Iban yang mengisahkan saga para dewa semasa perayaan.
Bentuk tulisan ini telah kekal selama 15 generasi atau lebih dan merakamkan dengan tepat sejarah orang Iban. Sesetengah ahli leluhur(genealogies) adalah sepanjang 25 generasi dan masih boleh dikaitkan dengan tempat dan kejadian sebenar.Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Borneo yang mempunyai sistem tulisan bergambar yang disebut "Papan turai" untuk membantu proses ingatan kepada puisi rakyat(leka main) seperti Tusut, Pengap dan Sabak yang sungguh panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan Gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini.
Kemudiannya sistem abjad Dunging telah dicipta. Pada tahun 1947, mendiang Dunging Anak Gunggu telah berjaya mencipta 77 buah karakter/simbol yang mewakili bunyi fonologi di dalam bahasa Iban.
Mendiang Dunging Anak Gunggu (1904-1985)
Lahir dan meninggal dunia di :Nanga Ulai, Daerah Debak,Betong, Sarawak.
Berkahwin dengan : Ini' Danggai.
Anak angkat (Anak saudara isterinya) : Mr. Bagat anak Nunui (Tuai rumah Nanga Ulai)
Penemuan beliau ini telah diajar kepada beberapa orang anak saudaranya. Beliau telah memajukan dan memperhebatkan lagi alfabet ciptaan beliau itu selama 15 tahun sehingga akhirnya dapat menyingkirkan beberapa karakter/simbol yang berulang dan tidak berguna.
Beliau telah berjaya mengurangkan jumlah abjad itu daripada 77 buah karakter kepada 59 buah karakter pada tahun 1962. Kini, Dr. Bromeley Philip(Pensyarah Linguistik UiTM Sarawak) telah menyelamatkan abjadt ini dengan mengadakan kelas pembelajaran dan forum mengenai subjek ini.
Dengan kerjasama syarikat "Linguist's Software" dari Edmonds, Washington DC. Huruf Iban dunging yang dikenali sebagai "LaserIban" kini boleh didapati dalam bentuk perisian untuk dipasang pada komputer.
Sistem tulisan ini boleh ditaip menggunakan komputer seperti tulisan Cina, Jawi dan Roman. Perisian Font ini sesuai digunakan dengan sistem operasi komputer seperti Microsoft Windows dan AppleMac.
*ini adalah hasil nukilan dari blogspot ohkitakorangsarawak.blogspot. Kredit diberi kam kepada mereka, kami di blog PD hanya ingin share agar lebih ramai generasi Iban baru mengenali tulisan asal kita*
LihatTutupKomentar
Cancel