Land Code Amendment (LCA) 2018 ; NCR, PM/PG and Usufructuary Right of Dayak


Baru-baru ini, terdapat sedikit perubahan yang berlaku pada undang-undang mengenai NCR dan PM/PG Dayak. Disebabkan perubahan (LCA 2018) ini, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan untuk jadikan ianya sebagai bahan politik TETAPI kita seharusnya berfikir positif kerana LCA 2018 ini sebenarnya membantu Dayak lebih senang untuk mengempunya geran pemilikan tanah NCR sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam gambar diatas.

Dalam dua post saya yang lepas berkaitan NCR dan PM/PG menurut pemahaman umum kita, saya mendapati ada info yang agak kurang jelas.

Jadi sekarang, kami di Pengayau Digital akan mengambil sedikit buah perbincangan BERDASARKAN UNDANG-UNDANG SEBENAR dirujuk melalui LCA 2018 BUKAN-NYA BAHAN POLITIKUS.

(AMARAN: Penulisan mengenai undang-undang agak panjang dan membosankan jadi sediakan secangkir kopi, penyala api dan rokok tuan puan secukup nya ya? Terima kasih dari kami Pengayau Digital kerana sudi membaca dari blog kami yang serba kekurangan ini. Now, do please enjoy your stay and read to your heart content!)

1.0 Penjelasan daripada Vernon Kedit

Draft Bill Ubah Undang2 Tanah Sarawak (Pulau Galau / Pemakai Menoa)

1. Pulau Galau enggau Pemakai Menoa kitai di kangau “Native Territorial Domain”, bisi di tatak pemesai ngena hectare tang alu bedau di putus ka berapa pemesai.

2. Pia mega, “Native Territorial Domain” tu semina di beri kuasa ba undang2 ti di kangau “Usufructuary Right” ti ngembuan reti “Tau Di Kena Tang Ukai Sereta Enda Tau Bempu”*

3. Pia mega, “Native Territorial Domain” tu bepanggai ba Pengarah Land & Survey enggau Menteri alu nadai cara mai ngagai Mahkamah bechara enti sema bisi penanggul/penyarut

4. Urang ti beri kuasa ngena “Usufructuary Rights” tu tadi di pinta mayar sewa ninting taun. Reti ya kitai mayar ngagai Perintah taja pan ngena tanah kitai empu! Nya utai ti cukup ngemelik ke kitai!

Enggau jaku bukai ke nyamai agi di pereti ka bala :

1. Bakani GPS tauka BN Sarawak tau ngeletak ka tatak pemesai PG/PM kitai laban tiap batang sungai enggau bansa Dayak nitih ka adat sida sigi bebida ba senentang pemesai.

Pengawa GPS tauka BN Sarawak tu ti deka ngeletak ka tatak pemesai PG/PM kitai sigi ukai utai ti berindik ari Adat!

Tang utai ti pemadu besai reti sereta nyadi penanggul ba kitai iya nya sapa ti bempu tanah ba luar kandang tanah ti udah di tatak nya tadi? Ukai Tanah Perintah tauka State Land?

2. Dalam Undang2, "Usufructuary Right: tu reti ya kitai tau ngena tanah nya tadi tang kitai nadai kuasa bempu ari undang. Bisi kuasa Ngena enggau Bempu tu 2 iti utai ti cukup bebida.

Tu tau di sema ka kitai enggau Adat “Nasih Bumai” kitai Iban. Tanah sigi enggi urang tang kitai nginjau tanah ya alai bumai. Udah ngetau, kitai alu meri urang ti bempu tanah nya padi tauka mata duit.

Ukai ga reti ya sewa, nya Adat “Nasih” ko kitai. Minta kasih, nya reti ya pelaba aku

Tu tadi siti utai ti salah laban jauh bida ari reti PG/PM kitai ti bendar iya nya “Kitai Bempu Tanah Ti Sah Ari Undang2”, ukai kitai nasih ari urang bukai!

Pia mega, utai tu ukai utai ti berindik ari Adat kitai Dayak! Nama kebuah kitai ka kiruh nasih ngagai urang enti sema tanah nya endang tanah kitai?

Enti nitih ka “Draft Bill” Undang2 Tanah Sarawak tu tadi, reti ya urang ti bempu tanah nya sigi Perintah!

3. Pemutus meri “Native Territorial Domain” nya tadi iya nya Pengarah Land & Survey, kitai ulih ngapil ngagai Menteri ti bempu kuasa penuh ngaga Pemutus tang enda ulih di bai bechara ba Mahkamah enti sema bisi penanggul/penyarut?

Pengujung jaku

GPS tauka BN Sarawak deka ngambi jalai mudah kena ngatur penanggul/penyarut Tanah NCR kitai Dayak tang Perintah agi bempu PG/PM kitai nya tadi.

Kati ko bala GPS tauka BN Sarawak agi deka nguji ngemelik ka kitai Dayak ngena cara mutar belit ka jaku Undang2?

Vernon Kedit
Ketuai Pemadah PH Sarawak

Di kalih ka ngagai jaku Iban ulih Leslley Kalom

2.0 Penjelasan secara terperinci dari segi undang-undang oleh Dr. Gabriel Walter

Bandingkan Penulisan Vernon Kedit dengan Undang Undang yang kita sudah belajar.
_______________________

Seksyen 2 mengandungi definisi perkataan yang digunakan dalam keseluruhan Kod Tanah Sarawak.
Bahasa Inggeris adakala boleh mengelirukan dan adakala terlalu umum.

Oleh itu, definisi baru yang di bingkai di luar kamus bahasa Inggeris diperlukan.

Apa apa sahaja yang ditakrifkan dalam Seksyen 2, takrifan ini akan digunakan dalam kod tanah dan digunakan untuk menerangkan kod tanah. Takrifan ini menggantikan sebarang takrifan lain (contohnya kamus bahasa Inggeris atau wikipedia).

Sebagai contoh dalam kamus bahasa Inggeris, perkataan "komuniti" bermaksud:
1. sekumpulan orang yang tinggal di tempat yang sama atau mempunyai ciri khas yang sama.
2. keadaan berkongsi atau mempunyai sikap dan kepentingan tertentu yang sama.

Dalam Kanun Tanah (Kod Tanah) Seksyen 2

Definisi: "komuniti" ertinya sekumpulan orang yang tertakluk kepada sistem undang-undang peribadi yang sama.

Dengan syarat bahawa jika undang-undang Adat  digunakan kepada kumpulan yang berlainan yang juga mempunyai perbezaan undang-undang Adat sendiri, maka setiap kumpulan itu haruslah dianggap sebagai komuniti yang berasingan.

Seperti yang kita lihat di atas, definisi dalam Kod Tanah lebih spesifik dan sempit daripada kamus. 
_____________________

Berikut adalah Pindaan kepada Seksyen 2 dalam LCA 2018:

(a) Geran Komunal Adat (Native Communal Title) juga diiktirafkan sebagai "dokumen hakmilik"

(b) Definisi Geran Komunal Adat (NCT, native communal title) diberikan.

(c) Takrifan Kawasan Kekuasaan Adat (Native Territorial Domain) diberikan.

(d) Takrifan Hak Usufructuary diberikan.

____________

Dalam definisi NTD (Kawasan Kekuasaan Adat) ini.

(a) NTD adalah kawasan di dalam kawasan NCR,
@
kawasan bertindih dengan kawasan NCR,
@
kawasan yang berkongsi sempadan dengan kawasan NCR.

Kawasan NCR ditakrifkan dalam Seksyen 5.

DAN

(b) NTD adalah kawasan di mana penduduk dari sebuah komuniti, pada tarikh DARI SEBELUM 1958 TELAH mempraktikkan hak usufruktur
@
TELAH memelihara kawasan tersebut untuk tujuan mempraktikkan hak usufruktur. 

Dengan syarat mana-mana tanah di atas belum lagi diisytiharkan sebagai hutan simpanan komunal. 

_______________

Seperti yang dapat kita lihat dalam definisi di atas, Mana-mana kawasan, selagi memenuhi kriteria di atas, adalah wilayah atau wilayah NTD (Kawasan Kekuasaan Adat).
_____________

Tiada batasan sebesar mana Kawasan NTD selagi ia memenuhi syarat.

Dan ia merujuk kepada kegiatan komuniti orang asli di atas tanah itu dari SEBELUM 1958. Jika SEBELUM 1958, mereka telah mengamalkan hak usufructuary atau memelihara mereka untuk tujuan sedemikian, maka ia sudah memenuhi satu kriteria.

_____________

In this definition of NTD.

(a) NTD is an area WITHIN a NCR area, Or an area overlapping with NCR area, or an area sharing a border with NCR area.
NCR Area is defined in Section 5.

AND

(b) NTD is an area where natives from a community have BEFORE 1958 exercised usufructuary rights OR preserve them for such purpose.

Provided any of the above land is not yet declared as communal forest.

_______________

As we can see in the above definition, Any area, as long as it fulfills the above criteria, is NTD (Native Territorial Domain) area or territory.
_____________

There is no limit to how big a NTD Area is as long as it fulfill the condition.

And refers to what the native community did on that land BEFORE 1958 (not after). If BEFORE 1958, they have practiced usufructuary right or preserve them to such purposes, then it fulfills one of the criteria.
_____________

"Hak Usufruktur" ditakrifkan, dalam Seksyen 2, sebagai:

Hak atau keistimewaan yang TELAH dipraktikkan atau dinikmati oleh komuniti asli dalam kawasan kekuasaan Adat (NTD) untuk

(a) Mencari makanan, termasuk memancing dan memburu

ATAU

(b) Telah mempraktikkan dan menikmati hak dan keistimewaan seperti yang dibenarkan dalam Hutan Komunal berdasar Bahagian III, Ordinan Hutan 2015 (Bab 71)

(contohnya mengumpul hasil hutan seperti damar dan kayu) 

ATAU

c) telah menjalankan aktiviti yang dibenarkan di bawah Geran Komunal Adat (NCT) yang diberikan melalui seksyen 6 A (3) atau yang dibenarkan melalui permit yang dikeluarkan oleh Seksyen 10(3) dan tertakluk kepada syarat syarat yang ditetapkan dalam Geran atau Permit.

(contohnya NCT membenarkan kegiatan pertanian)

______________________

Seksyen 6A
Native Territorial Domain (NTD) 
Kawasan Kekuasaan Adat

Seksyen 6 A (1)

Sebuah Komuniti asli, Di DALAM kawasan NTD (Kawasan Kekuasaan Adat), boleh menuntut hak usufruktur yang TELAH dipraktikkan dan TELAH dinikmati oleh komuniti asli tersebut.

___________________

Nota: Penggunaan perkataan "DALAM" bermaksud kawasan yang dituntut adalah sama atau lebih kecil daripada NTD.

"telah dipraktikkan" atau "telah dinikmati" bermakna ia hanya perlu benar pada masa lalu.

_________

Seksyen 6 A(2)

Tuntutan Seksyen 6A(1) hendaklah dibuat kepada penguasa. 

Jumlah Tuntutan untuk NTD tidak boleh melebihi 1000 Ha.
(meningkat daripada 500 Ha)

Ini merujuk kepada tuntutan dalam Seksyen 6 A (1). 

_____________________

Kekaburan (Ambiguity) 

Jadi apa yang berlaku kepada tanah NTD yang lebih besar daripada 1000 Ha? Apa terjadi kepada tanah NTD yang tidak boleh dituntut melalui seksyen 6 A (2)? 


Dari definisi NTD di Bahagian 2, NTD tidak mempunyai had.

Tetapi dalam Bahagian 6A (2), di dalam NTD, komuniti asli boleh menuntut kawasan di mana hak-hak usufruktur dipraktikkan dan dinikmati dan kawasan itu dituntut sebagai kawasan kekuasaan Adat (NTD) tidak boleh melebihi 1000 Ha.

_________

Seksyen 6 A (3)

Sekiranya Pengarah meluluskan tuntutan tersebut
(lihat definisi Pengarah di Bahagian 2 dan Bahagian 3)
Tanah yang dituntut akan dikeluarkan Geran Kumunal Adat (NCT) yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pertanian (lihat bahagian 2 untuk definisi tujuan pertanian) ATAU tujuan lain yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Pengarah boleh mengenakan syarat dan syarat pada geran NCT.

__________

Seksyen 6 A (4)

Jika tuntutan komuniti  ditolak oleh Pengarah, komuniti mempunyai hak, dalam masa 30 hari, untuk membuat rayuan kepada Menteri.

(Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Ukur dan Tanah) .
__________
Dalam pendapat peribadi saya, merayu kepada Menteri dan melaporkan kepada SPRM / SPRM tindak laku Pengarah. 

________________

Seksyen 6 A (5)

Sama ada seseorang itu adalah ahli komuniti yang berhak kepada tanah yang dikeluarkan Geran NCT tersebut akan diputuskan oleh Mahkamah Bumiputera Daerah mengikut Ordinan Undang-undang Adat Negeri.
________

 (Adat akan menentukan siapa adalah atau bukan ahli komuniti itu)
_______________

Seksyen 6 A(6)

NTD tidak boleh dituntut di kawasan yang telah diisytiharkan oleh keputusan muktamar mahkamah (Mahkamah Persekutuan) yang hak usufruktur sudah tiada, hilang atau ditinggalkan.

______________

Ini bermakna, tuntutan NTD masih boleh dibuat walaupun di tanah atau kawasan tersebut sedang dipertikaikan di mahkamah.
____________

3.0 Memperjelaskan lagi mengenai Section 6

Tanah yang diwartakan dibawah seksyen 6, memberikan kuasa mutlak kepada undang undang Adat untuk menentukan pembahagian tanah. Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(2).
____________________

Rumusan Penting Seksyen 6 

Seksyen 6, mempunyai 7 subseksyen. 

Walau bagaimanapun, kita hanya merumuskan dan focus subseksyen (1) hingga (3). 

___________

Seksyen 6 (1)
Menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan dalam Warta (gazette) mana-mana kawasan Tanah Negeri sebagai Rizab Gunasama Bumiputera (Native Communal Reserve, NCRe) untuk mana-mana komuniti Pribumi.

Warta itu juga boleh memgandungi syarat syarat. 

Seksyen 6 (2)
Kawasan NCRe tersebut akan dikawal oleh undang undang Adat komuniti tersebut.


Sekyen 6 (3).
Tanah NCRe adalah masih Tanah Kerajaan dan komuniti itu dianggap sebagai pemegang lesen daripada kerajaan. Jika hak individual NCR dibuktikan, pengeluaran geran hak milik adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak Pengarah. 

Namum begitu Menteri boleh, atas budi bicaranya sendiri, menaikkan usulnya sendiri atau berdasarkan petisyen, mengkaji dan mengesahkan atau meminda keputusan Pengarah. 

_________________________

Seksyen 1-3 secara penuh dalam Bahasa Malaysia untuk rujukan. 

Untuk rujukan tepat sila lihat kod dalam bahasa English Section 6. 

_________________________

Seksyen 6. Rizab Gunasama Bumiputera (Native Communal Reserve) 


(a) Menteri boleh dengan perintah yang ditandatangani dalam Warta mengisytiharkan mana-mana kawasan Tanah Negeri menjadi Rizab Gunasama Bumiputera bagi penggunaan mana-mana komuniti yang mempunyai sistem undang-undang peribadi dan boleh, melalui perintah itu atau melalui perintah berikutnya, mengisytiharkan bahawa undang-undang adat komuniti sedemikian berhubung dengan pemerolehan, pemindahan dan penghantaran hak dan keistimewaan di dalam atau atas tanah, dan dalam mana-mana bangunan atau struktur lain yang didirikan di dalamnya, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian sebagaimana yang ditentukan atau diperuntukkan dalam apa-apa perintah itu .


(b) Kecuali tidak bercanggah dengan yang ditentukan atau diperuntukkan dalam apa-apa perintah atau seksyen ini, hak dalam mana-mana tanah yang diisytiharkan sebagai  Rizab Gunasama Bumiputera di bawah subseksyen (1) hendaklah dikawal oleh undang-undang adat komuniti tersebut. 


(c) Walau apa pun subseksyen (2), tetapi tanpa prasangka, kepada subseksyen (4) hingga (7), tanah itu akan terus menjadi tanah Negeri, dan komuniti Pribumi di kawasan rizab tersebut atau mana-mana anggota baru yang kemudian memperoleh hak di dalam kawasan tersebut dianggap sebagai pemegang lesen daripada Kerajaan, dan jika, menurut peruntukan seksyen ini (termasuk peruntukan-peruntukan perintah yang dibuat subseksyen raider (1)), jika hak individu NCR dibuktikan, pengeluaran dokumen hakmilik berkenaan adalah mengikut budi bicara mutlak Pengarah. 


Dengan syarat bahawa Menteri boleh, atas budi bicaranya sendiri, menaikkan usulnya sendiri atau berdasarkan petisyen, mengkaji dan mengesahkan atau meminda keputusan Pengarah. 


(4) Jika Menteri berpuas hati bahawa mana-mana bahagian dalam mana-mana kawasan yang terkandung dalam apa-apa perisytiharan di bawah subseksyen (1) tidak lagi dikehendaki sebagai Rizab gunasama Bumiputera dan bahawa subseksyen ini boleh digunakan tanpa menyebabkan ketidakadilan atau penindasan, dalam Warta mengisytiharkan bahawa mana-mana bahagian itu hendaklah terhenti menjadi sebahagian daripada Rizab Gunasama Bumiputera itu, dan dari tarikh itu, jika ada, yang daripadanya pernyataan dinyatakan sebagai berkuatkuasa, atau, jika tiada tarikh itu dinyatakan, maka dari tarikh penyiaran dalam Warta bagi apa-apa perintah sedemikian, bahagian sedemikian hendaklah pada pelupusan Kerajaan sebagai bebas dan tanpa halangan oleh apa-apa hak, keistimewaan atau ekuiti, seperti menganggap kawasan tersebut tidak pernah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera 

Subseksyen (5) hingga (7) rujuk land code. 

Seksyen 6, memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengisytiharkan bahawa satu kawasan tersebut adalah NCRe. (Rizab Gunasama Bumiputera, Native Communal Reserve) 

Protocol yang kemudian diwujudkan untuk dilaksanakan oleh L&S, dalam Fasa 1, adalah perlu menyukat sepadan Tanah NCR seperti dalam Seksyen 5. Selepas sempadan itu disukat, kawasan itu akan diwartakan sebagai kawasan NCRe. Kawasan NCRe mempunyai pelindungan yang jauh lebih kuat kerana hak NCRe hanya boleh dilupuskan dengan izin komuniti!

Dalam Fasa 2, proses penyukatan tanah NCR individu bermula dalam NCRe tersebut. Tanah individu ditentukan oleh undang Adat mereka sendiri. Kerajaan dan undang civil tak boleh masuk campur. 

Mana mana tanah individu yang sudah disukat, akan dipohon di pejabat L&S untuk mendapatkan Geran hak milik melalui seksyen 18.

4.0 Bagaimana pula dengan Section 18?

Penjelasan Seksyen 18. (1) dan (2)

Seksyen 18 (1)
Jika Pengarah, tertakluk kepada arahan Menteri berpuas hati bahawa seseorang pribumi telah menduduki dan telah menggunakan mana-mana kawasan tanah Kerajaan yang belum diiktirafkan  (Unalienated Land) ,

dan tetapi kalau mengikut sistem adat (Customary tenure), seseorang pribumi itu adalah pemilik tanah tersebut bagi tujuan perumahan atau pertanian, 

maka Pengarah , tertakluk kepada seksyen 18 A boleh memberikan geran kekal bagi kawasan tanah itu.

Seksyen 18 (2)
Pemberian geran kekal yang diberikan kepada tanah dalam Seksyen 18 (1) adalah untuk kegunaan kediaman atau pertanian, tertakluk kepada apa lagi yang dikenakan oleh Pengarah atau Menteri.
________

Sistem adat (customary tenure) adalah satu set peraturan dan norma yang mengawal peruntukan masyarakat, penggunaan, akses, dan pemindahan tanah dan sumber semula jadi lain.
_______


5.0 Apakah kaitan Section 6 atau Section 18?

Geran Seksyen 6A adalah untuk komuniti.

Geran Seksyen 18 adalah untuk individu.

Saudara boleh memilih geran seksyen 18 atau geran seksyen 6A untuk tanah NTD yang di dalam tanah NCR.

Seksyen 6A menambahkan pilihan untuk masyarakat. Adakala, memang kita mahu tanah itu di tangan komuniti dan bukan tangan individu. Itulah konsep PMPG di mana PMPG adalah hak bersama.

In other word?

Section 6 is a bank where everybody saves money but not all of the money in that bank is yours. Section 18 is your own account regardless how much money in that account. That means your farm is within section 6 which you must apply to be surveyed with the consent of your ketua kampung only then it can be approved by the L/S under section 18 where you are to be given a title or grant on your farm. Section 6 is a reserved land for your kampong.

Then, how if we want to sukat our kampong NCR land?

Sukatan tidak perlu dibuat of pejabat L&S. Tidak ada undang undang yang mengatakan sukatan perlu dibuat oleh pejabat L&S.

Hanya perlu disukat oleh mana mana penyukatan yang diiktirafkan.

Peralatan GPS sekarang semakin murah dan selepas peralatan itu didaftarkan kepada pejabat L&S, ia boleh digunakan untuk menyukat.

Lot lot yang disukat, haruslah dipersetujui oleh komuniti mengikut adat.

Oleh itu, janganlah kita menyalahkan pejabat L&S kerana mereka kekurangan tenaga kerja.

Kumpulkan sedikit wang, dan suruh juruukur swasta untuk laksanakan atau minta bantuan juruukur mana mana kawan kita.

Tulis satu lagu surat bersertakan surat permohonan dahulu kepada Superintenden L&S kawasan kamu, dan juga disertakan kepada pengarah L&S.

Berikan 2 minggu. Kalau masih tidak ada jawapan munasabah, buat laporan SPRM ke atas Superintenden itu dan juga pengarah atas salah guna kuasa.

6.0 NCR NEW INITIATIVE (?)

WHAT IS NCR NEW INITIATIVE?    

The State and Federal Governments have agreed on a New NCR Land  Initiative to address the requests by native customary rights landowners for their land to be surveyed and issued titles. This was announced by the Prime Minister Y.A.B Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak on July 22, 2010. 

The Initiative, carried out in two stages, commenced in September 2010 and  continues under the Tenth Malaysia Plan (2011-2015). 

First stage

Perimeter survey is carried out to delineate the boundaries of NCR land within State land.   Upon completion of the survey, the NCR land is then gazetted as a native communal reserve under Section 6 of the Land Code.

Second stage 

With the land gazetted as a native communal reserve, the NCR landowners must then determine the extent and boundaries of their respective parcels of land within the said reserve.  This is to enable the Department to survey the individual  lots to be issued  titles under Section 18 of the Land Code.

Conditions For Area To Be Surveyed:

(i) NCR landowners must apply for their land to be surveyed. A perimeter survey may be carried out if the area is genuinely under NCR; and

(ii) The area in question must be free from  litigation or other disputes.

Advantages Of Gazettement Under Section 6 of the Land Code

The gazette published under Section 6 of the Land Code guarantees ownership of NCR land. It is a declaration, confirmation and statutory recognition of native ownership over such land.

The gazette describes explicitly the land surveyed and declared as Native Communal Reserves. It thus enables the community to detect and prevent any unlawful intrusion or encroachment upon their land.

The rights over NCR land within native communal reserves are administered and regulated by the native system of personal law of the native communities concerned.

Commercial development can be put up on NCR land surveyed and issued titles hence enhancing its value and helps to uplift the economic well-being of the landowners.

Terms of Use . Policy Privacy
© 2018 Land and Survey Department, Sarawak Malaysia

_____________________________


DISCLAIMER

Kami di Pengayau Digital MENEKANKAN bahawa kami tidak memiliki mahupun menulis sebarang article di atas; kami hanya mengkongsikan sahaja agar lebih ramai yang faham dan tidak sembarangan berburuk prasangka terhadap tindakan Land Code Ammendmend 2018 kerana ini adalah sangat baik dan lebih memudahkan golongan Dayak dalam mempertahankan hak hak NCR serta PM/PG seperti contoh berikut:

On the amendment to Clause 3 on the limitation on the size of the Native Territorial Domain (NTD), Uggah emphasised that the new provision allows the native community to claim 1,000 hectares or 2,500 acres.

“Previously, the government agreed to limit the NTD not to exceed 500 hectares but 22 state assembly members have during the debate appealed for the size to be reviewed and Chief Minister (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) has listened and responded positively,” he said.

Thanking the Chief Minister for his support and guidance, Uggah observed there was almost no dissenting voice in the state assembly as everybody supported the Bill, including some Pakatan Harapan assemblypersons.

The issue of Pemakai Menoa (PM) and Pulau Galau (PG), which previously had no force of law, he continued, has been legally recognised including usufructuary right.

“It is not only the force of law and usufructuary right but native communal title to be given will be in perpetuity and free of any premium, rent or other charges,” he reiterated.

In addition, he said the amendment also sought to establish the principle of deferred indefeasibility which has previously caused problem to get the land back when the provisional lease (PL) was issued as many times, the land exists within the PL area.

Diharapkan agar kaum Dayak boleh mengambil peluang keemasan ini dan mulai mendapatkan geran hak milih tanah untuk mengelakkan sebarang kejadian rampasan tanah lagi.
LihatTutupKomentar
Cancel