SLM & PRN12 Sarawak Independence Agenda ; Answering Typical Common QnA
Sarawak Liberation Movement (SLM) adalah sebuah gerakan rakyat yang berjuang untuk kemerdekaan Sarawak setelah 55 tahun dijajah Malaya secara neo-kolonialisme.
Kebelakangan ini, aktivis-aktivis SLM sangat aktif berusaha menyedarkan rakyat negara Sarawak agar sedar akan hak kita untuk menyelesaikan proses dekolonisasi menurut proses dekolonisasi menurut Resolusi United Nation 1514 dan 1541 iaitu Self-Determination setelah sekian lama dijajah secara halus oleh Malaya dan ulun-ulun nya selama 55 tahun...
Adakah anda pernah tertanya-tanya,
1) Siapakah yang SLM sokong sebenarnya dalam memperjuangkan Agenda Sarawak Merdeka?
2) Bila Sarawak keluar Malaysia, bagaimana dengan jabatan-jabatan kerajaan yang akan dibentuk nanti?
3) Bagaimanakah caranya untuk Sarawak merdeka?
#AgendaSarawakMerdeka harus sampai ke suatu tahap dimana semua rakyat Sarawak akan membincangkan isu #SarExit & #FreeSarawak secara terbuka; baik di media sosial mahupun kedai kopi.
Buat masa sekarang hanya aktivitis SLM sahaja yang berani bersuara; usaha kita bertujuan untuk 'amplify' suara rakyat agar Agenda tersebut sampai ke tahap pilihanraya untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negara (DUN) Sarawak.
Masa itu baru kita akan tahu siapa atau nampak bakal bakal pemimpin yang muncul degan bukti yang ditunjuk kepada orang ramai kemampuan diri memimpin kumpulan diri biar pun dalam parti politik atau gerakan rakyat, dan rakyat yang akan pilih semasa Pilihanraya Negeri ke 12 (PRN12) yang akan datang!
Agenda Sarawak Merdeka harus dibentangkan di DUN untuk dibahaskan dan dipersetujui oleh 2/3 ahli DUN Sarawak. Seterusnya setelah dipersetujui oleh 2/3 ADUN, maka Sarawak boleh mendeklarasi kemerdekaan negara Sarawak.
Bagaimana pula dengan pembentukan kerajaan baru nanti setelah pengisytiharan kemerdekaan?
Dalam masa 5 tahun pertama Sarawak merdeka:
1) Sarawak mengadakan Pilihanraya Umum pertama negara Sarawak dan rakyat negara Sarawak akan mengundi mana-mana parti politik yang dirasakan mampu untuk mentadbir Sarawak secara telus dan berintegriti.
2) Pemegang Amanah negara kita Sarawak akan bertukar sementara dari Malaya kepada negara lain yang lebih jujur dalam membantu menyelesaikan proses dekolonisasi dan akan 'provide' sebarang keperluan dari segi ketenteraan atau latihan untuk berkerajaan sendiri.
3) Parti politik yang di pilih oleh rakyat negara Sarawak tadi akan membentuk kerajaan dan jabatan-jabatan sebagaimana Pakatan Harapan (PH) lakukan setelah Pilihan Raya Umum Malaysia ke 14 baru-baru ini tadi.
(Footnote: Artikel ini adalah hasil penulisan saya dan ada juga sedikit penambahan oleh Goh Beng Kor. Sebarang penambahan, cadangan, idea atau kritikan boleh dituliskan dibahagian komen untuk penambahbaikan artikel ini TQJB)