Dayak Kampar Ba Dunya Kdiri Mpu; Mengembalikan Hak Dayak Di Atas Tanah Sendiri Sebelum Terlambat!
DAYAK KAMPAR BA DUNYA KEDIRI;
MENGEMBALIKAN HAK DAYAK
DI ATAS TANAH BUMI SENDIRI
Sudah lebih setengah abad berlalu semenjak Sarawak menyertai 3 negara lain ( Tanah Melayu, Sabah & Singapura) dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Namun begitu, apakah kesan pembentukan gagasan ini kepada kaum Dayak sebagai majoriti penduduk negara Sarawak?
Tanah adat/warisan (NCR) dirampas, penindasan dari segi hak untuk bekerja di sektor kerajaan baik negeri mahupun pusat, digelar sebagai bangsa 'Lain-Lain' serta banyak lagi impak yang negatif kepada kaum Dayak setelah Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia.
(Notice from PD author: Kami di Pengayau Digital sama sekali TIDAK BERNIAT untuk bersifat 'racist' dalam menulis artikel ini. Tujuan kami di Pengayau Digital hanyalah semata-mata ingin MENYEDARKAN DAYAK AGAR BANGKIT DARI LENA TIDUR DAN BERSAMA MEMPERJUANGKAN a #FreeSarawak . Sekian sahaja notis awal dari kami author Pengayau Digital. Sekian terima kasih.)
Pada awal pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia sebagai sebuah Persekutuan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bekerjasama dengan niang Stephen Kalong Ningkan yang mana pada masa itu mengetuai Sarawak MUNGKIN bermula dengan sebuah tujuan atau niat yang ikhlas untuk membantu negara Sarawak belajar berkerajaan sendiri sesuai dengan Resolusi PBB 1514 & 1541 iaitu Proses Dekolonisasi.
NAMUN DEMIKIAN setelah bertukar ganti pemimpin, sesetengah pihak yang korup muncul dlm kerajaan Sarawak dan mulai menyalahgunakan kuasa politik untuk kepentingan mereka dan keluarga serta kroni mereka sendiri. Hasilnya (?) pemimpin yang korup tadi telah mengulingkan pemimpin Dayak pertama yang kita sayangi, niang Stephen Kalong Ningkan dan mulai mengantikan setiap ahli di dalam DUN kepada yang hanya 'menurut perintah' sahaja. keadaan ini telah menimbulkan masalah terlampau besar buat Sarawakian amnya kepada Dayak sebagai majoriti Sarawakian kerana pemimpin mereka telah digulingkan.
Kini pada tahun 2019 setelah 56 tahun di dalam Malaysia, situasi politik di Sarawak semakin mudarat dan sakit!
GPS telahpun mengeluarkan diri dari Barisan Nasional (BN) dan muncul pula Pakatan Harapan (PH) dari Malaya. Pada tahun 2021 kelak, dua gabungan politikal gergasi ini akan bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke 12 (PRN12) untuk berebut kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, DUN Sarawak memiliki kuasa yang lagi besar dari Parlimen Malaysia kerana Sarawak adalah sebuah negara pada asalnya. Jadi barangsiapa yang berjaya merebut dan merampas DUN Sarawak akan secara automatik berjaya memperolehi hak ekslusif terhadap sumber kekayaan Malaysia dan Petronas iaitu petroleum! Ini adalah perkara penting yang menjadi rebutan antara GPS (ex Kroni Malaya) dan PH (parti Malaya).
WALAUPUN SARAWAK BUMI KENYALANG, RUMAH KEPADA 'BORNEO HEADHUNTER' ADALAH KAYA DENGAN SUMBER ASLI SEPERTI PETROLEUM HUTAN DLL, MENGAPAKAH DAYAK MASIH LAGI KAMPAR DI DUNYA SENDIRI ? ? ?
Selagi Dayak bertuankan GPS ataupun PH;
Dayak masih lagi bertuankan Malaya.
Bila Dayak terus bertuankan Malaya;
Dayak akan terus kampar ba dunya diri mpu! - C Carrie Ngau
APA PULA KAITAN NYA ANTARA GPS DAN MALAYA? BUKAN MALAYA YANG MERAMPAS NCR DAYAK!
Bila Malaya menginginkan kekayaan alam semula jadi yang mana negara sebenar kita Sarawak miliki, Malaya akan menyuap pemimpin Sarawak dengan 'protection' whatsoever. Ini membolehkan pemimpin Sarawak untuk menyalahgunakan kuasa politik mereka sehingga terjadinya rampasan tanah NCR kaum Dayak (sebagai contoh). Paham sik?
KALAU BEGITU, APA YANG BOLEH ORANG DAYAK LAKUKAN SEKARANG UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH 'DAYAK KAMPAR BA DUNYA DIRI MPU' INI DEMI GENERASI MASA DEPAN DAYAK?
# F r e e S a r a w a k
Hanya dengan memperjuangkan Sarawak keluar Malaysia sahaja Dayak akan diselamatkan dari nasib penindasan sebegini!
Kesatuan yang sejati kaum Dayak sebagai MAJORITI wargaNEGARA Sarawak; bersatu memperjuangkan #AgendaSarawakMerdeka bersama dengan penduduk Sarawakian yang berbangsa Melayu dan Cina serta kaum-kaum Sarawak yang tidak sempat disebutkan disini AKAN MEMBERHASILKAN sebuah perjuangan bersama kita memerdekakan Sarawak!
Pokoknya: DAYAK HARUS BANGKIT DAN BERSATU!
Saya telah diberitahu (atau dipesan) oleh saudara aktivis SLM saya iaitu tuan Beng Kor suatu pesanan yang sangat menarik sekali untuk dikongsikan disini. Kata beliau: " Dalam 10 Cina yang kamu temui memperjuangkan kemerdekaan Sarawak, 9 Cina akan mengatakan bahawa DAYAK KENA BANGKIT TERLEBIH DAHULU barulah Sarawak akan mencapai kemerdekaan mutlak! ". Ini adalah pesan dan kata-kata semengat yang terus saya genggam dalam usaha saya menyedarkan saudara saudari Dayak saya sayangi sekalian agar kita terus bangkit bersama memperjuangkan kemerdekaan Sarawak bersama Sarawakian yang lain kerana saya bukan sahaja mendengar kata-kata ini dari seorang Cina sahaja tetapi juga dari seorang lagi saudara Cina S4S Sibu juga turut mengatakan demikian.
APA LAGI ALASAN MU WAHAI SAUDARAKU DAYAK ???
Jadi untuk mengakhiri artikel saya pada kali ini, saya memohon maaf kepada pembaca saya yang bukan Dayak kerana artikel kali ini dikhaskan untuk pembacaan saudara saudari Dayak saya yang saya kasihi, hormati dan segani. Sekali lagi saya ingin menegaskan disini bahawa KAMI DI PENGAYAU DIGITAL BUKANLAH SEBUAH BLOG YANG BERSIFAT RACIST TETAPI PENULISAN KAMI KALI INI KAMI KHASKAN UNTUK PEMBACA DAYAK. Regardless of our religions, beliefs and cultures, we in Pengayau Digital would love to believe that ONCE YOU ARE BORN IN SARAWAK YOU WILL ALWAYS BE A SARAWAKIAN! Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya artikel ini agak panjang tidak menarik membosankan tetapi inilah sedikit daripada isi hati saya ingin kongsikan melalui blog Pengayau Digital.
Terima kasih kerana telah sudi membaca dan GODSPEED